Isnin, 14 Mei 2012

Pengalaman Menyusukan Anak Kedua

Assalamualaikum, sudah lama saya tidak menulis pada blog ini. Hari ini rasa ingin menulis semula... nak berkongsi ilmu dan pengalaman menyusukan anak sepenuh. Alhamdulillah anak pertama dapat menyusukan hingga masuk 2 tahun. Kini giliran anak kedua pula untuk menyusukan sepenuhnya hingga 6 bulan dan meneruskan hingga usia 2 tahun. Ramai yang selalu bertanya dan menginginkan ilmu menyusukan anak jadi saya kongsikan disini. saya pun baru belajar, cuma dapat berkongsi pengalaman dan ilmu2 yang saya perolehi sepanjang saya menyusukan kedua-dua anak saya... semasa menyusukan anak ini memang saya selalu mencari ilmu menyusukan anak tidak kira sama ada bertanya, membaca dan search di internet. Hari ini saya cuba untuk menjadikan blog ini panduan untuk ibu-ibu baru menyusukan anak seterusnya menjaga kesihatan diri dan anak. Alhamdulillah anak saya yang kedua telah masuk 5 bulan.. menyusu secara exclusive susu ibu... kesihatannya pun alhamdulillah sihat sentiasa... jika anak saya selesema jangkitan daripada keadaan sekeliling dia akan sembuh dalam masa 3 hari sahaja tanpa mengambil apa2 ubat. Beratnya pun bertambah mengikut carta yang diberikan. Sekarang Berat Asyiqin dah masuk 6.1 kg pada usia 5 bulan. ok kat sini nak kongsi sikit tips untuk mengekalkan susu ibu sentiasa: 1. Kesihatan ibu mesti terjaga, ibu mestilah sentiasa berada dalam keadaan sihat serta nutrisi mencukupi. 2. Mesti konsisten dalam memerah susu. bila Baby tidak bersama anda perah setiap 2 jam. 3. Mesti direct feeding sekurang2nya 8 kali sehari bagi memastikan rangsangan diterima daripada hisapan bayi anda. ini amat2 lah membantu. 4. Ketika hari anda tidak bekerja luangkan masa untuk melakukan power pumping....sebaik2nya diwaktu malam selepas anak anda sudah minum susu. Ketika menyusukan anak kedua saya mengalami sakit-sakit badan dan urat2 pada badan.. Ini menyebabkan saya kurang bertenaga dan penghasilan susu sering terganggu.setelah bertemu dengan doktor, doktor memberitahu saya kekurangan nutrisi dan menyebabkan perkara ini berlaku. Hasil daripada beberapa percubaan dan analisa akhirnya saya mengambil supplement bagi melengkapkan nutrisi saya. Alhamdulliallah saya semakin bertenaga, tiada lagi sakit2 badan, walaupun tak cukup tidor saya masih bertenaga. Saya amat2 bersyukur. Kini saya mengambil supplement Nutrilite, antara yang saya ambil Vitamin C, Vitamin B Complex, Calcium n Magnesium dan multivitamin/multimineral. Ramai antara kita tidak tahu bahawa jika nutrisi harian kita lengkap, iainya amat membantu meningkatkan kadar susu yang diperolehi. Alhamdulillah susu saya makin bertambah hari demi hari.. stok pun dah penuh deep freezer saya. Ada masa saya akan upload picture. Nak tahu lebih lanjut berkenaan nutrisi yang saya ambil boleh email jan_comel@yahoo.com atau add saya di Facebook menggunakan email yang sama atau nurulcomel83@gmail.com atau boleh hubungi saya pada nombor 0125707285.

Selasa, 22 November 2011

wah...sgt2 lama xupdate blog ni...atiqah pun dah 2 tahun 3 bulan... sdg menunggu kelahiran anak kedua sekang... minggu ni dah masuk 36 weeks... wah xlama laii.. bila tgk blog ni tgk pic iqa masa baru lahir wah sgt2 xsaba nak dpt baby kedua ni... walaupun jantina tidak dpt diketahui lagi... asal scan asyik baby tutup je... merajuk kot..hehehe.. dia nak bagi surpeise kat mak n abahnya.... pepun doakan semoga baby sihat dan segala urusan dipermudahkan... doa saya semoga kali ni dapat bersalin normal... amin... doakan saya yerk.... iqa seronok sgt nak dpt baby.. ari2 duk cium perut mama suh baby kuar... hehehe telatah iqa mmg amat menggembirakan ati mama... mmuahhhhh.... tgk telatah anak mmg rasa nak anak berderet2... sgt teruja.... hihihi Ya Allah permudahkan lah saya bersalin anak kedua amin....

Selasa, 9 Mac 2010

Mainan Kesukaan Iqa



Ini lah mainan yang paling disukainya.. alat kawalan jauh tv, astro n aircond.. tgklaa tu tamak tul semua dia nak pegang macam pandai tekan.. lau tekan pun ntah apa2 yang kuar.. huhuhu pas tu play ground dia yg oren niii fuh lau main sampai terbalik khemah niii.. hehehe

Isnin, 8 Mac 2010

Gambar2 Family Day




JKDM Family Day

Sabtu 6/3/2010 dari kul 7 pagi sampai kul 4 ptg atiqah g jalan2 ngan mama n nenek.. hehe pagi g taiping JKDM perak family. pagi2 lai iqa dah bgn macam tau jer nak g jalan2. bukan punya main suka laii.. tapi lau ada abah laii bes kan.. nak wat camna anak polis huhuhu walau pun abah dah janji nak g family day sama2 last2 minit cuti abah xlulus, jadi kita minta tlg nek wan teman iqa n mama. so mama drive la g taiping. Nasib baik mama dah biasa ngan taiping so pasal jalan memang no prob la... tak sesat langsung betolak dari umah kul 7.40pg sampai kat pusat latihan telekom kul 830pg. org dah stat senamrobik tapi mama tak join sebab ada baby. so just borak2 ngan fren. my baby sgt laa suka.. taiping memang sejuk laa .. walau pun matahari atas kepala tapi angin sangat sepoi2. iqa duk bawah pokok bukan main suka laii. siap tido ngan lena laii. bila bgn asyik main jer.. senyummm jer. suka la tu.. xbnyak aktiviti yang dapat join sebab kebanyakan nya untuk yg perpasangan. if my hubby ada mungkin leh main banyak game kot. huhuhu.. so just leh main baling belon air group ngan PKN n Timb. PKN. dapat la towel. cabutan betuah dapat tupperware. so around kul 1 lunch xsampai lai so mama iqa decide kita balik je la tanpa makan sebab ada kenduri kat gopeng,betolak dari taiping 1.15 dan sampai di rumah kul 2.00. siap2 terus g kenduri kat gopeng. my neighbour punya kenduri tp wat kat kg dia. so sampai kenduri dlm kul 3. walau lambat tp ada nasi lai.. hehe ok laa tgh lapar masa. mmm sedap laaa kan. so after kenduri terus la balik umah dah penat... atiqah pun bukan punya main suka.. malamnya tido ngan lena.. mimpikan aktiviti di siang hari..

Khamis, 4 Mac 2010

Minggu yang sangat sibuk


Sangat-sangatlah sibuk minggu ini... letih pun letih. Isnin dan selasa sibuk menyiapkan report untuk dihantar. Alhamdulillah berjaya juga menyiapkannya. Hari rabu g teluk intan dan hari khamis g taiping.. bila malam rasa nak tecabut urat2 semua.. ari ni baru rasa lega sikit.. tu pun sedang berusaha untuk menyiapkan laporan bulan ini pula.. sian iqa tak sempat mama bawa jalan. Balik2 keje mama dah penat.
TU la kan bukan mudah jadi pompuan, bangun seawal pagi siapkan makanan untuk anak, kemas umah mana yang patut, sediakan barang anak pas balik keje lak masak , kemas, basuh kain, lipat kain, kemas umah tidokan anak.. akhirnya kita tetido sekali ngan anak.. hehehe itulah rutin harian.. tido sajela waktu rehat yang ada.. tv jgn cakap la hanya slot akasia je yg berkesempatan untuk tengok itupun sambil basuh botol susu anak dan panaskan makanan anak. yang lain tak sempat dah. Itu lah dia.. pompuan memang kene kuat mental, fizikal n emosi. hehe tapi bila lihat anak sihat ilang rasa penat.