Isnin, 14 Mei 2012

Pengalaman Menyusukan Anak Kedua

Assalamualaikum, sudah lama saya tidak menulis pada blog ini. Hari ini rasa ingin menulis semula... nak berkongsi ilmu dan pengalaman menyusukan anak sepenuh. Alhamdulillah anak pertama dapat menyusukan hingga masuk 2 tahun. Kini giliran anak kedua pula untuk menyusukan sepenuhnya hingga 6 bulan dan meneruskan hingga usia 2 tahun. Ramai yang selalu bertanya dan menginginkan ilmu menyusukan anak jadi saya kongsikan disini. saya pun baru belajar, cuma dapat berkongsi pengalaman dan ilmu2 yang saya perolehi sepanjang saya menyusukan kedua-dua anak saya... semasa menyusukan anak ini memang saya selalu mencari ilmu menyusukan anak tidak kira sama ada bertanya, membaca dan search di internet. Hari ini saya cuba untuk menjadikan blog ini panduan untuk ibu-ibu baru menyusukan anak seterusnya menjaga kesihatan diri dan anak. Alhamdulillah anak saya yang kedua telah masuk 5 bulan.. menyusu secara exclusive susu ibu... kesihatannya pun alhamdulillah sihat sentiasa... jika anak saya selesema jangkitan daripada keadaan sekeliling dia akan sembuh dalam masa 3 hari sahaja tanpa mengambil apa2 ubat. Beratnya pun bertambah mengikut carta yang diberikan. Sekarang Berat Asyiqin dah masuk 6.1 kg pada usia 5 bulan. ok kat sini nak kongsi sikit tips untuk mengekalkan susu ibu sentiasa: 1. Kesihatan ibu mesti terjaga, ibu mestilah sentiasa berada dalam keadaan sihat serta nutrisi mencukupi. 2. Mesti konsisten dalam memerah susu. bila Baby tidak bersama anda perah setiap 2 jam. 3. Mesti direct feeding sekurang2nya 8 kali sehari bagi memastikan rangsangan diterima daripada hisapan bayi anda. ini amat2 lah membantu. 4. Ketika hari anda tidak bekerja luangkan masa untuk melakukan power pumping....sebaik2nya diwaktu malam selepas anak anda sudah minum susu. Ketika menyusukan anak kedua saya mengalami sakit-sakit badan dan urat2 pada badan.. Ini menyebabkan saya kurang bertenaga dan penghasilan susu sering terganggu.setelah bertemu dengan doktor, doktor memberitahu saya kekurangan nutrisi dan menyebabkan perkara ini berlaku. Hasil daripada beberapa percubaan dan analisa akhirnya saya mengambil supplement bagi melengkapkan nutrisi saya. Alhamdulliallah saya semakin bertenaga, tiada lagi sakit2 badan, walaupun tak cukup tidor saya masih bertenaga. Saya amat2 bersyukur. Kini saya mengambil supplement Nutrilite, antara yang saya ambil Vitamin C, Vitamin B Complex, Calcium n Magnesium dan multivitamin/multimineral. Ramai antara kita tidak tahu bahawa jika nutrisi harian kita lengkap, iainya amat membantu meningkatkan kadar susu yang diperolehi. Alhamdulillah susu saya makin bertambah hari demi hari.. stok pun dah penuh deep freezer saya. Ada masa saya akan upload picture. Nak tahu lebih lanjut berkenaan nutrisi yang saya ambil boleh email jan_comel@yahoo.com atau add saya di Facebook menggunakan email yang sama atau nurulcomel83@gmail.com atau boleh hubungi saya pada nombor 0125707285.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan